Thursday, November 5, 2009

One stream school,solidarity,MPP

Kebelakangan ini,kita sering dihidangkan dengan pelbagai masalah dan keretakan hubungan antara kaum di negara kita.kekadang tersentak juga kita dibuatnya mengenangkan kepada beberapa tuntutan melampau dari kaum lain.jika dulu,kita hidup saling membantu,bertegur sapa,tetapi budaya itu kulihat semakin hari semakin pudar daripada amalan rakyat Malaysia.inilah yang menyebabkan ketidak puasan di kalangan rakyat pelbagai kaum ini.mereka semakin berani memberontak tanpa memikirkan perasaan kaum lain.aku bukannya seorang yang racist,tp aku hanyalah seorang yang mencintai perpaduan antara kaum kerana bagiku,itulah kunci keharmonian negara ini

lalu timbullah satu idea dari prof emeritus Khoo Khay Kim untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan menghapuskan sekolah vernakular..aku mengambil masa yang lama juga berfikir mengenai perkara ini,namun setelah dikaji dan diteliti,ternyata ianya adalah formula terbaik untuk merungkai segala kekusutan antara kaum di negara ini..malangnya,sehari selepas prof ini memberikan pendapat,muncul seorang menteri yang mewakili kawasan Padang Rengas menyanggah idea ini..aduuuh.,tak dapat ku bayangkan bagaimana cara menteri ini berfikir,adakah dia menyanggah hanya untuk menjadi populist di mata pengundi,atau dia tidak berfikir panjang sebelom memberi ulasan..oh tidak,adalah penting bg seorang menteri untuk berfikiran ebih rasional sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan..

situasi genting sekarang ini menyebabkan aku tidak menolak idea one stream schooling system ini..aku bukannya menyokong semborono tetapi berdasarkan pengalaman aku di sekolah dan juga di universiti..bahasa merupakan satu halangan untuk perpaduan..jadi penggunaan satu bahasa akan menjadikan kita lebih rapat dan menghargai satu sama lain..bukannya aku ingin menghapuskan identiti kaum,cuma aku inginkan mereka dapat menguasaai bahasa itu dengan lebih baik kerana mengikut pengalaman aku,non-bumiputera hanya dapat bergaul mesra dengan masyarakat melayu apabila mereka bertutur bahasa Malaysia..x kisahlah sama ada hendak dipanggil bahasa melayu atau malaysia,yang penting roh perpaduan ada disitu..

melihat situasi di utp,kemasukan seorang calon india didalm line-up utp adalah satu permulaan yang baik buat utp.jika sebelum ini,event yg dianjurkan kebanyakkannya hanya disertai oleh sekaum,mungkin fenomena ini akan berubah dengan adanya jennani ini..monopoli satu kaum didalam pentadbiran sesebuah organisasi akan menyebabkan organisasi itu tidak seimbang ditambahkan pula kita bukannya ada pembangkang untuk mengkritik mpp,jadi kepelbagaian komposisi kaum akan menjadikan mpp lebih dinamik..mpp bukannya maksum..xbole dikritik..ini org baru kritik sikit,dah melatah.padahal yang mengkritik tu bukannya sape2 pun ..pacak je..kadang2 berdiam diri adalah lebih baik tetapi jangan sehingga kita dianggap lemah..silence intelligent..buat barisan mpp baru,pastikan program yang akan dirancang,pastikan ianya melibatkan semua kaum..jangan biar mereka tersisih atau sampai satu tahap mereka akan bersuara..agama,perpaduan,kemajuan harus bergerak selari..agama bukan sekadar dimasjid,ianya luas..

No comments:

Post a Comment