Sunday, November 1, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

1 NOVEMBER

MENANDAKAN TARIKH BERMULANYA AKU DALAM ARENA BLOGGING.TATKALA RAKAN SEKELASKU YANG LAIN SIBUK MENELAAH BUKU DAN LECTURE NOTE,AKU MEMILIH HALUAN BERTENTANGAN DENGAN MENCEBURI ARENA YANG AKU SENDIRI MASIH KABUR AKAN OBJEKTIF DAN TUJUANNYA.NAMUN BEGITU,AKU YAKIN DENGAN APA YANG AKU LAKUKAN MALAM INI SETELAH DIYAKINKAN OLEH RAKAN BLOGGER JANGAN BACA KALO X PKAI BAJU.SETELAH BERULANG KALI KU DIYAKINKAN,AKU TERUS MEMBUAT BLOG NAMUN BLOG INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI KISAH PERIBADI YANG BELUM TENTU SEMUA ORANG MEMINATINYA,TAPI IANYA AKAN LEBIH KEPADA PANDANGAN KU TERHADAP SESUATU ISU DOMESTIK,ANTARABANGSA ,HAL UNIVERSITI,POLITIK DAN JUGA KEMUNGKINAN SEDIKIT MENGENAI CINTA DAN PERASAAN

ISU POLITIK SEMEMANGNYA SUDAH SEBATI DENGAN DIRIKU KERANA BAPAKU JUGA SEORANG YANG AKTIF BERPOLITIK DI PERINGKAT BAHAGIAN PARIT.DAN KERANA ITU JUGALAH AKU PERNAH MENYIMPAN CITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD).AKU AMAT MENYAYANGI AKAN PERPADUAN ANTARA KAUM.BAGIKU ADALAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI TANGGUNGJAWABKU UNTUK MEMBERI SEDIKIT KESEDARAN KEPADA RAKAN2 SEUSIAKU MENGENAI POLITIK KERANA SIASAH ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA KITA.CUMA CARA KITA MENTAFSIR,MELIHAT,MENGKAJI DAN MENELAAH POLITIK ITU MUNGKIN BERBEZA NAMUN PERBEZAAN PENDAPAT ITU ADALAH SATU RAHMAT BAGI KITA SEMUA UNTUK MEMBAWA KITA SETINGKAT KEATAS.

DI SAMPING ITU,AKU JUGA AMAT MEMINATI BIDANG PERMOTORAN NAMUN NASIBKU TELAH DITENTUKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM DAN INI MUNGKIN KERANA DIRIKU DIPENGARUHI OLEH ABNAG DAN AYAHKU YANG KEDUA-DUANYA BEKERJA DIDALAM BIDANG INI.KADANG-KALA AKU MASIH TERBAYANG-BAYANG AKAN CITA-CITAKU UNTUK MENJADI JURUTERA DI PROTON KERANA BAGIKU PROTON BUKAN HANYA SAHAJA PENGELUAR KERETA,NAMUN IANYA LEBIH KEPADA METAFORA KEMAJUAN REVOLUSI PEMBANGUNAN NEGARA INI.

SELAIN ITU,MELALUI BLOG INI JUGA AKU CUBA UNTUK MENERAPKAN PENGGUNAAN BAHASA YANG INDAH DAN TERSUSUN KERANA MELIHAT KEPADA TREND DEWASA INI,BAHASA IBUNDA SERING DIPINGGIRKAN TERUTAMANYA DI UTP.MEREKA LEBIH BERBANGGA DAN GEMAR MENGGUNAKAN BAHASA PENJAJAH ITU WALAUPUN AKU SENDIRI TIDAK MENAFIKAN AKAN KEPENTINGANNYA.NAMUN BIARLAH IANYA BERTEMPAT.JANGANLAH KERANA HENDAKKAN DUIT YANG BERGANDA,TANAH WARISAN KITA GADAIKAN.

AKU JUGA SEORANG INSAN YANG DIDATANGKAN DENGAN FITRAH SEMULAJADI.CINTA DAN REMAJA.PERLUKAH CINTA?BAGAIMANA PEMBAWAANNYA?IANYA ADALAH SATU SOALAN YANG SUBJEKTIF YANG JAWAPAN NYA HARUS DICARI OLEH TUAN EMPUNYA DIRI.MUNGKIN SUKAR UNTUK DIKONGSI,TAPI MANIS BILA IANYA DIKONGSI.

MUNGKIN CUKUP KU RASA UNTUK KALI PERTAMA INI.AKU DAH MENETAPKAN HANYA 15 MINIT UNTUK MENULIS DI BLOG INI.KEPADA RAKAN-RAKAN KU,SELAMAT DATANGKAN AKU KE DUNIA PEMBLOGGAN.

SALAM 1MALAYSIA.

4 comments:

  1. yeay jadik orang 1st y manapak!
    welcome to da club!hee~

    xtau nak ckp ape
    slmt berblogging la
    dengan input2 yang berguna
    kepada agama bangsa dan negara
    cewah...

    hidup padildin's!!
    hehe~

    ReplyDelete
  2. dlm masa dua tahun padildin's akan setaraf ngan blog chedet...hehe..terima kasih kerana menjadi yang pertama mengomen..

    ReplyDelete
  3. asal ayat skema sangat?
    selamat berblog

    ReplyDelete