HATI
Tatkala artikel ini ditulis, aku baru sahaja menyelesaikan esaimen peer group aku. Jadi mood menulis aku masih tinggi jadi apa salahnya aku luahkan mood itu ke dalam padildin’s.aku terasa berminat untuk bercakap mengenai seketul darah yang ada didalam badan kita dimana Rasullullah SAW penah bersabda yang kalau bersih hati ini baiklah kehidupannya dan begitu juga sebaliknya
Lalu aku tertanya ada apa dengan hati dan lagi dalam ku korek,semakin ku temui jawapannya.hati ibarat computer yang mengawal gerak geri,tutur bicara,kawalan minda sesar dan tidak sedar dan juga perasaan manusia.
PERSOALANNYA bagaimanakah keadaan hatiku tatkala ini.adakah ianya masih suci bersih(mustahil),sedikit berdebu,penuh dengan calaran,arggh tidak dapat ku bayangkan bagaimana keadaannya walaupun ianya berada didalam jasad aku.apakah amalan yang sudah kulakukan untuk menghias hatiku..terlalu sedikit ku rasa berbanding dengan kotoran yang ku bagi padanya..
AZAMKU adalah untuk menghiasnya sedikit supaya Nampak lebih cantik.bukan untuk dipandang sesiapa,tetapi kita sendiri yang akan merasa keseronokan dan ketenangannya.aku dengki apabila melihat rakan rakan sekolahku yang masih istiqamah seperti zaman sekolah dahulu walaupun sudah ramai rakan2 ku yang sudah hanyut (termasuk aku) dengan dunia luar yang penuh fana ini.aku lemah untuk menegur mereka mungkin kerana diriku sendiri kurang tarbiah sejak keluar sekolah.
Jadi sama-samalah kita beriltizam untuk merawat hati kita.
Jangan biarkan ia terjerumus dalam lorong2 gelap..
JANGAN BIARKAN HATI MATI!
Monday, November 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tarbiyah utk dalami & drasai..
ReplyDeletenice blog asri=p
terima kasih cik adah..
ReplyDelete