Thursday, December 24, 2009

CUTI YG BEST..

Best sehingga membuatkan ku tak berkata2..

Sunday, December 13, 2009

KI 09

Alhamdulillah selesai sudah satu program yang cukup berfaedah pada hematku.aku bukanlah sesiapa didalm KI 09 ini,cuma sekadar fasilitator ad-hoc kata mereka.xpe la,itu tidak penting,yang penting aku tahu apa yang aku buat untuk program ini.

aku diletakkan didalam kumpulan budak2 sekolah menengah.kebanyakan mereka orang2 sini gak jadi agak senang aku nyembang ngan deme.pertama kali aku melihat mereka,bergeto sebentar lututku melihatkan kepada penampilan dan ekspresi muka mereka,semua muka pecah rumah tetapi semakin ku kenali mereka,ku tahu aku memikul t/jawab yang menggunung untuk merubah mereka. cubalah bayangkan pertama kali aku memeriksa bacaan solat mereka,hanya beberapa orang yang tahu bacaan tahyat akhir dan hanya sorang saja yang tahu doa qunut.apa yang membebankan ku lagi adalah terdapat diantara mereka tidak tahu berwudhu'.inilah realiti remaja kita pada masa ini .aduuuuh,aku mengetuk dahi ku sendiri tanpa mereka sedari. tapi xpe,aku rase ini baru mencabar kebolehanku dari sudut psikologi dan tarbiyah..jangan ditanya bacaan2 yang lain,aku rasa anda sudah pasti dapat mengagak bagaimana..

lalu aku mula menggertak mereka atas niat untuk memastikan setiap ahli kumpulanku dapat bersembahyang dengan sempurna pabila pulang ke rumah nanti..setiap hari tatkal bertemu ku gertak mereka untuk menghafaz bacaan2 penting dalam solat..
HASILNYA......Alhamdulillah,selepas 6 hari berkampung di UTP, mereka semua sudah fasih dalam semua bacaan2 solat yang asas tapi penting..lega aku..cuma aku agak terkilan kerana ada seorang diantara mereka masih tergagap didalam bacaan quran..aku doakan die berubah le nanti..

last but not least,aku merasakan pengorbananku menolak honorium rm250 untuk menjadi fasi petrosains amat2 berbaloi..aku harapkan ianya akan menjadi saham jariah ku kelak..pada ahli kumpulanku walaupun kome x membace blog aku ni,aku harapkan korang amalakn ape yang kome dapat dari KI09 ni..

sekian wassalam...

Monday, November 23, 2009

HATI

Tatkala artikel ini ditulis, aku baru sahaja menyelesaikan esaimen peer group aku. Jadi mood menulis aku masih tinggi jadi apa salahnya aku luahkan mood itu ke dalam padildin’s.aku terasa berminat untuk bercakap mengenai seketul darah yang ada didalam badan kita dimana Rasullullah SAW penah bersabda yang kalau bersih hati ini baiklah kehidupannya dan begitu juga sebaliknya
Lalu aku tertanya ada apa dengan hati dan lagi dalam ku korek,semakin ku temui jawapannya.hati ibarat computer yang mengawal gerak geri,tutur bicara,kawalan minda sesar dan tidak sedar dan juga perasaan manusia.

PERSOALANNYA bagaimanakah keadaan hatiku tatkala ini.adakah ianya masih suci bersih(mustahil),sedikit berdebu,penuh dengan calaran,arggh tidak dapat ku bayangkan bagaimana keadaannya walaupun ianya berada didalam jasad aku.apakah amalan yang sudah kulakukan untuk menghias hatiku..terlalu sedikit ku rasa berbanding dengan kotoran yang ku bagi padanya..

AZAMKU adalah untuk menghiasnya sedikit supaya Nampak lebih cantik.bukan untuk dipandang sesiapa,tetapi kita sendiri yang akan merasa keseronokan dan ketenangannya.aku dengki apabila melihat rakan rakan sekolahku yang masih istiqamah seperti zaman sekolah dahulu walaupun sudah ramai rakan2 ku yang sudah hanyut (termasuk aku) dengan dunia luar yang penuh fana ini.aku lemah untuk menegur mereka mungkin kerana diriku sendiri kurang tarbiah sejak keluar sekolah.

Jadi sama-samalah kita beriltizam untuk merawat hati kita.
Jangan biarkan ia terjerumus dalam lorong2 gelap..
JANGAN BIARKAN HATI MATI!

Friday, November 6, 2009

MOVERS




aku sememangnya meminati kereta dan tidak hairanlah jika aku menyediakan pautan paultan di blog ini..berkata mengenai kereta,aku menyimpan hasrat untuk memiliki beberapa kereta impian yg aku rasa achievable bg diriku..mungkin anda yang membaca blog ini,boleh menjadikan ia panduan untuk memilih kereta satu hari kelak..









1.PROTON SAGA


-dikuasakan oleh Campro IAFM 1.3L..kereta ini sememangnya menjadi idaman aku kerana bentuknya yg cantik dan senang untuk di make-UP

-dalamannya luas sesuai digunakan hingga aku kahwin dan berkeluarga nnt.

-handling by lotus semestinya memberi kepuasan dan keyakinan untuk melayan selekoh maut.

-dibandingkan dengan myvai,ternyata pembelian saga lebih berbaloi.

-dan yg penting ianya fuel economy..







2.HONDA JAZZ

-dijana oleh i-vtec 1.5 sememangnya memberi hemburan kuasa yang x berbelah bg.enjin legend keluaran honda ini sememangnya dikagumi oleh pesaing2 yang setaraf dengannya

-dalaman tak berapa luas tetapi pick-up die mmg terbaik.

-tak mungkin aku akan membeli yg baru,mungkin second hand pun dh ok..

-didatangkan dgn paddle shifttronic yg membuatkan kita seperti memandu kereta racing.

-harganya mahal untuk kereta sekecil ini tetapi comel dipandu oleh wanita

-mungkin kalo dh kahwin nnt,aku bg bini aku pakai..baru de class.










3.HONDA CIVIC


-dah bg bini pakai jazz,aku akan beralih ke civic pula


-enjin same ngan jazz cuma dengan kapasiti yg lebih besar.


-merupakan kereta impian aku sejak kecil.


-dalamannya sungguh ergonomik membuatkan kita akan merindui every moment of our driving.




4.MAZDA 5

-kalo aku berkeluarga beso,ini keta yang aku beli.

-luas tetapi masih mengekalkan elemen racing didalam rekaannya.

tapi setakat ni,aku hanya mampu memandu honda accord 1.8k 12-valve warisan bapa aku sahaja..sememangnya berkuasa..setakat satria merah ngan kancil afg 8567 memang makan asap je r..tp enjinnya memang seperti orang yg dahaga..

sekian..doakan aku dpt semua keta2 ini..salam,,

Thursday, November 5, 2009

One stream school,solidarity,MPP

Kebelakangan ini,kita sering dihidangkan dengan pelbagai masalah dan keretakan hubungan antara kaum di negara kita.kekadang tersentak juga kita dibuatnya mengenangkan kepada beberapa tuntutan melampau dari kaum lain.jika dulu,kita hidup saling membantu,bertegur sapa,tetapi budaya itu kulihat semakin hari semakin pudar daripada amalan rakyat Malaysia.inilah yang menyebabkan ketidak puasan di kalangan rakyat pelbagai kaum ini.mereka semakin berani memberontak tanpa memikirkan perasaan kaum lain.aku bukannya seorang yang racist,tp aku hanyalah seorang yang mencintai perpaduan antara kaum kerana bagiku,itulah kunci keharmonian negara ini

lalu timbullah satu idea dari prof emeritus Khoo Khay Kim untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan menghapuskan sekolah vernakular..aku mengambil masa yang lama juga berfikir mengenai perkara ini,namun setelah dikaji dan diteliti,ternyata ianya adalah formula terbaik untuk merungkai segala kekusutan antara kaum di negara ini..malangnya,sehari selepas prof ini memberikan pendapat,muncul seorang menteri yang mewakili kawasan Padang Rengas menyanggah idea ini..aduuuh.,tak dapat ku bayangkan bagaimana cara menteri ini berfikir,adakah dia menyanggah hanya untuk menjadi populist di mata pengundi,atau dia tidak berfikir panjang sebelom memberi ulasan..oh tidak,adalah penting bg seorang menteri untuk berfikiran ebih rasional sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan..

situasi genting sekarang ini menyebabkan aku tidak menolak idea one stream schooling system ini..aku bukannya menyokong semborono tetapi berdasarkan pengalaman aku di sekolah dan juga di universiti..bahasa merupakan satu halangan untuk perpaduan..jadi penggunaan satu bahasa akan menjadikan kita lebih rapat dan menghargai satu sama lain..bukannya aku ingin menghapuskan identiti kaum,cuma aku inginkan mereka dapat menguasaai bahasa itu dengan lebih baik kerana mengikut pengalaman aku,non-bumiputera hanya dapat bergaul mesra dengan masyarakat melayu apabila mereka bertutur bahasa Malaysia..x kisahlah sama ada hendak dipanggil bahasa melayu atau malaysia,yang penting roh perpaduan ada disitu..

melihat situasi di utp,kemasukan seorang calon india didalm line-up utp adalah satu permulaan yang baik buat utp.jika sebelum ini,event yg dianjurkan kebanyakkannya hanya disertai oleh sekaum,mungkin fenomena ini akan berubah dengan adanya jennani ini..monopoli satu kaum didalam pentadbiran sesebuah organisasi akan menyebabkan organisasi itu tidak seimbang ditambahkan pula kita bukannya ada pembangkang untuk mengkritik mpp,jadi kepelbagaian komposisi kaum akan menjadikan mpp lebih dinamik..mpp bukannya maksum..xbole dikritik..ini org baru kritik sikit,dah melatah.padahal yang mengkritik tu bukannya sape2 pun ..pacak je..kadang2 berdiam diri adalah lebih baik tetapi jangan sehingga kita dianggap lemah..silence intelligent..buat barisan mpp baru,pastikan program yang akan dirancang,pastikan ianya melibatkan semua kaum..jangan biar mereka tersisih atau sampai satu tahap mereka akan bersuara..agama,perpaduan,kemajuan harus bergerak selari..agama bukan sekadar dimasjid,ianya luas..

Sunday, November 1, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

1 NOVEMBER

MENANDAKAN TARIKH BERMULANYA AKU DALAM ARENA BLOGGING.TATKALA RAKAN SEKELASKU YANG LAIN SIBUK MENELAAH BUKU DAN LECTURE NOTE,AKU MEMILIH HALUAN BERTENTANGAN DENGAN MENCEBURI ARENA YANG AKU SENDIRI MASIH KABUR AKAN OBJEKTIF DAN TUJUANNYA.NAMUN BEGITU,AKU YAKIN DENGAN APA YANG AKU LAKUKAN MALAM INI SETELAH DIYAKINKAN OLEH RAKAN BLOGGER JANGAN BACA KALO X PKAI BAJU.SETELAH BERULANG KALI KU DIYAKINKAN,AKU TERUS MEMBUAT BLOG NAMUN BLOG INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI KISAH PERIBADI YANG BELUM TENTU SEMUA ORANG MEMINATINYA,TAPI IANYA AKAN LEBIH KEPADA PANDANGAN KU TERHADAP SESUATU ISU DOMESTIK,ANTARABANGSA ,HAL UNIVERSITI,POLITIK DAN JUGA KEMUNGKINAN SEDIKIT MENGENAI CINTA DAN PERASAAN

ISU POLITIK SEMEMANGNYA SUDAH SEBATI DENGAN DIRIKU KERANA BAPAKU JUGA SEORANG YANG AKTIF BERPOLITIK DI PERINGKAT BAHAGIAN PARIT.DAN KERANA ITU JUGALAH AKU PERNAH MENYIMPAN CITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD).AKU AMAT MENYAYANGI AKAN PERPADUAN ANTARA KAUM.BAGIKU ADALAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI TANGGUNGJAWABKU UNTUK MEMBERI SEDIKIT KESEDARAN KEPADA RAKAN2 SEUSIAKU MENGENAI POLITIK KERANA SIASAH ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA KITA.CUMA CARA KITA MENTAFSIR,MELIHAT,MENGKAJI DAN MENELAAH POLITIK ITU MUNGKIN BERBEZA NAMUN PERBEZAAN PENDAPAT ITU ADALAH SATU RAHMAT BAGI KITA SEMUA UNTUK MEMBAWA KITA SETINGKAT KEATAS.

DI SAMPING ITU,AKU JUGA AMAT MEMINATI BIDANG PERMOTORAN NAMUN NASIBKU TELAH DITENTUKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM DAN INI MUNGKIN KERANA DIRIKU DIPENGARUHI OLEH ABNAG DAN AYAHKU YANG KEDUA-DUANYA BEKERJA DIDALAM BIDANG INI.KADANG-KALA AKU MASIH TERBAYANG-BAYANG AKAN CITA-CITAKU UNTUK MENJADI JURUTERA DI PROTON KERANA BAGIKU PROTON BUKAN HANYA SAHAJA PENGELUAR KERETA,NAMUN IANYA LEBIH KEPADA METAFORA KEMAJUAN REVOLUSI PEMBANGUNAN NEGARA INI.

SELAIN ITU,MELALUI BLOG INI JUGA AKU CUBA UNTUK MENERAPKAN PENGGUNAAN BAHASA YANG INDAH DAN TERSUSUN KERANA MELIHAT KEPADA TREND DEWASA INI,BAHASA IBUNDA SERING DIPINGGIRKAN TERUTAMANYA DI UTP.MEREKA LEBIH BERBANGGA DAN GEMAR MENGGUNAKAN BAHASA PENJAJAH ITU WALAUPUN AKU SENDIRI TIDAK MENAFIKAN AKAN KEPENTINGANNYA.NAMUN BIARLAH IANYA BERTEMPAT.JANGANLAH KERANA HENDAKKAN DUIT YANG BERGANDA,TANAH WARISAN KITA GADAIKAN.

AKU JUGA SEORANG INSAN YANG DIDATANGKAN DENGAN FITRAH SEMULAJADI.CINTA DAN REMAJA.PERLUKAH CINTA?BAGAIMANA PEMBAWAANNYA?IANYA ADALAH SATU SOALAN YANG SUBJEKTIF YANG JAWAPAN NYA HARUS DICARI OLEH TUAN EMPUNYA DIRI.MUNGKIN SUKAR UNTUK DIKONGSI,TAPI MANIS BILA IANYA DIKONGSI.

MUNGKIN CUKUP KU RASA UNTUK KALI PERTAMA INI.AKU DAH MENETAPKAN HANYA 15 MINIT UNTUK MENULIS DI BLOG INI.KEPADA RAKAN-RAKAN KU,SELAMAT DATANGKAN AKU KE DUNIA PEMBLOGGAN.

SALAM 1MALAYSIA.