Thursday, February 25, 2010

Layakkah kita menikmati cuti Maulidur Rasulullah SAW

-Hari ini 12 Rabiulawal..Hari keputeraan baginda Rasulullah SAW..
-Mengapa kita diberi cuti dan adakah kita layak untuk meraikan cuti itu?
-Berapa banyak sunah yang kita praktikkan dan banyak mana pula sunah yang kita langgar dan
tinggalkan?
-Adakah kita mengingati baginda setiap hari seperti mana baginda menginngati ummatnya
sehingga saat sebelum nyawanya diambil pun masih menyebut ummati3x..
-Adakah cukup kita berselawat keatas baginda sekurang-kurangnya 9x sehari didalam solat
lima waktu ketika tahyat awal dan akhir?
-Mengapa susah untuk kita berselawat keatas baginda sedangkan dalam masa yang sama amat
mudah untuk kita melafazkan kata2 cinta kepada pasangan kita?
-Mengapa susah sangat untuk kita memutarkan lagu2 yang memuji baginda sedangkan dalam
masa yang sama setiap waktu kita boleh mendengar lagu2 yang hanya sedap pada melodi tapi
kosong pada definisinya?
-Mengapa masih susah untuk kita menghormati baginda sedangkan apabila ingin berjumpa
pemimpin tertinggi dunia berbagai protokol sanggup kita patuhi?
-Bagaimana cara untuk menghormati baginda?
-Cukup dengan mengikut dan mengamalkan sunnahnya kerana setiap apa yang dituturkan
dilakukan baginda adalah dari Allah s.w.t
-Adakah cara kita berpakaian sudah sempurna tutup auratnya?
-Adakah sudah lengkap sembahyang lima waktu kita DENGAN SEMPURNA?
-Adakah sudah betul bacaan2 dalam solat kita sepertimana kita memperbetulkan pitching
dan lontaran vokal kita semasa berkaraoke?
-Adakah kita berupaya menjaga pandangan mata,tutur bicara kita?
-Adakah kita menghormati ibu bapa kita?

Barangsiapa yang tidak mengikut Nabi Muhammad S.A.W dalam ibadahnya,sikap dan perilakunya,tata cara kehidupannya bererti dalam hatinya masih ada keraguan


-Adakah kita masih ragu2 dengan Rasulullah saw?
-Kalau ditanya mesti kata yakin dengan baginda.Tapi adak perilaku kita mencerminkan yang
kita betul2 yakin dengan baginda.Astaghfirullahalazim..


Orang yang hanya melafaz cinta kasih pada Rasulullah,tidak pula membuktikan cintanya itu, tidak membawa apa-apa makna.Bukti cinta kepada Baginda itu ialah:1-Benar kepada 2-Sentiasa memperbahrui taubat.3-Segera mengerjakan amal salih.4-Mengikut sunnah RasulNya.5-Mengingati akhirat dan membuat persiapan


-Jadi adakah kita layak untuk melafaz cinta kita kepada baginda?Lu pikir la sendiri.
-Banyak persoalan yang kita harus jawab sendiri dan cuba untuk menjawabnya dalam bentuk
amalan dan bukannya diatas kertas omr.
-Sama-samalah kita menghayati sirah perjuangan baginda kerana disitu ada keberkatan.

ALLAHUMMA JA'ALNA MIN AHLI SYAFAATI RASULULLAHI SAW.

Ya Allah jadikan kami sebahagian daripada orang-orang yang menerima syafaat baginda..

2 comments: