Tuesday, February 2, 2010
9 FEBRUARI
Tarikh apakah ini...
dalam kalendar memang tiada dinyatakan apakah signifikannya tarikh ini..
adakah tarikh lahir kekasihku..oh tidak,jauh panggang dari arang..
jawapannya...
inilah tarikh keramat bagi orang Perak untuk mengetahui siapakah menteri besar kami yang sah sebenarnya...
pertembungan antara dua orang yang berasal dari daerah yang sama ini akan ditentukan oleh mahkamah rayuan untuk mengetahui siapa yang benar diantara mereka berdua..
dalam debaran menunggu tarikh ini,aku berharap agar penyokong kedua-dua belah pihak akan tenang dan rasional dalam menerima keputusan yang akan diumumkan nanti..
aku sudah meluat dan bosan melihat kedua-dua pemimpin islam ini sering menuding jari antara satu sama lain..
negeriku dlihat semakin ke belakang dalam banyak aspek dek kerana sikap beberapa orang pemimpin yang berpolitik hanya untuk mencari kemewahan sehingga sanggup menggadai prinsip perjuangan yang didokong oleh mereka semasa dalam siri2 ceramah sebelum pilihan raya..
jangan salahkan sesiapa,kita rakyat yang salah memilih...
wahai dr.zambry dan ir nizar...dibahu anda kami letakkan negeri ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment